Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

19 November, 2013

Putrajaya Inter Parks Ride

Kayuhan Putrajaya Inter Parks Ride. Beria hubby ajak gi kayuhan nie. Aku pun tak pernah nak join fun ride macam nie. Tapi seronok jugak la. Naik bukit, turun bukit. Siap masuk hutan apa tah.. Dah laa aku bawak anak aku. Hubby carry amani, aku carry adam. Adam takot naik dengan aku kot, sebab aku bawak goyang2 kot. Tapi berjaya aku abeskan 30km. Walapun org last sekali, tapi nikmat yang dpt lepas tue, abes sume kaki punggung sume sakit sbb keras sit basikal dan kayuhan. Tapi rase nak pegi lagi la. Malam2 leh ajak hubby gi kayuh lagi. Melihat perempuan2 yg jadi marshall tue, semua badan solid molid. Bestnya. Berusaha laa aku nak badan macam nie. 
Nie masa baru sampai, hubby salah tempat mulanya, last2 search kat wave, jumpa jugak tempat nie, ramai laa jugak dtg. Aku sampai jek hubby suruh aku register. Dapat laa T-shirt dengan breakfast, roti dan air kotak milo. 

Nie setelah ready nak berlepas. Ambik gamba dulu. Aku naik basikal toring hubby, hubby dengan basikal kesayangan die la. Basikal die tue beribu2, kalau org curi leh jual memang berbaloi.

Nie laa wajah amani ready nak tido. Hahaha. Amani 1/2jam dah nak abes, die tido. Sian hubby duk mengampu kepala die. 

Nie laa rupe setelah tamat kayuhan, muka keletihan, amani segar je sebab baru bangun tido. Hampeh betol amani.

Adam nak tido, tapi kami jerit2 supaya die jgn tido. Akibatnya ambik gambo jek muka gini la. Sian anak ummi, lain kali kite kayuh lagi yea. Balik rumah memang balun laa kami anak beranak tido sampai ptg. Nasib rumah semua dah siap kemas. Nie laa, experience aku 1st time. Seronok, lain kali leh abeskan masa lagi bersama. Quality time bersama kami. Syioknya. Lain kali leh, share exprience lagi. :)

P/s: Perbadana Putrajaya nie best, mknan mewah2 die kasi. Breakfast roti krim ngn air kotak milo. Check point 100plus choki2 dengan pisang. Abes kayuh, air mineral dengan beger. Takde bayar apa2 pun. 

19 September, 2013

Tadika KITE

Adam dan geng bas sekolah.. Hahahha...
Adam first day ke school.

Alkisah bermula, sebabnya aku nak pegi mencari school adam jek sebenarnya. Kebetulan aku dan hubby cuti memang dah nak serbey sekolah die, nak datang tengok. Last2 adam sendiri nak school. Die makan dan main2. Suka laa pergi school.

Bermula laa perjalanan adam sebagai pelajar Tadika Layang-Layang or KITE. Aku pilih tadika nie sebab hanya tadika nie yang ade program CAHAYAKU. Nak tahu apa sebab aku pilih program nie, korang google la. Smart reader pun pakai program nie jugak. Leh ringkaskan cara membaca dengan cepat. Aku jugak memilih yang ade blaja agama. 

Asalnya nak anta adam masa umur 4tahun. Memang nak register utk 4tahun, dah adam sendiri nak pegi sekarang. So esoknya jugak pergi school. Lagipun pikirkan hanya tinggal 2bln je nak school dan nak membiasakan diri adam dengan school tue. Itu saje niat aku.

Dah seminggu lebih adam ke school nie, kekadang adam nak ke school. Kekadang taknak, nie laa yang buat aku pening. Tapi kene banyak bersabar, sepanjang 2minggu ke school nie, adam dah memonteng 2hari. Sehari tue sebab adam kene cirit-birit dan muntah-muntah, nasib adam dpt recover dlm masa sehari. Adam kene sehari selepas masuk sekolah, masuk sehari dah cuti. Tapi teacher adam tahu yang adam demam masa tue. 

Masuk minggu ke 2 adam dah nangis2 nak ke school. Hari2 aku akan call teacher adam, tanya adam macam mane. Aku cume nak tahu yang adam menangis or tak. Aku risau die menangis je. Lama2 bosan pulak teacher adam melayan adam sebab asyik menangis je. Tapi, dah tugas cikgukan, melayan karenah budak2 sekecil adam nie, so die harus lah melayan karenah adam. Nie kata2 hubby ku...

Semalam adam buat perangai balik tak pergi school, yang menghantar die plak wan die, melayan karenah cucu die, langsung tak pergi school. Hubby ku ckp kalau ade hal or sakit leh laa tak datang ke school, nie takde apa2 dah tak datang, risau die malas ke school. So, plan dengan teacher die, suruh teacher die ambik kat rumah mama esoknya. 

Hari nie teacher die ambik, tapi die tak nak. Terpaksa jugak laa wan die hantar. Teacher die ambik je terus wan balik. Alhamdulillah, adam tak nangis teacher die cakap. Menangis sekejap, lepas teacher die ambik terus okay. Teacher adam cakap adam dah okay, dah nak beratur basuh tangan dan makan sama2 geng die. Rupanya adam takde geng, die aviod diri die dengan org lain. Teacherd ie cakap, hari nie dah mau la, beratur dan ambik makanan dan makan sama2 dengan kawan2. Syukur sangat. Teacher cakap, hari nie belajar mengaji dan buku cahayaku tue. Syukur sgt, berdoa banyak2 supaya adam nak pergi school dan ade improvement.

Semalam, sebab tak pergi school, hubby denda adam kne blaja. So, aku ade beli buku kerja, yg huruf tp dot dot, adam kene sambungkan dot dot tue. Alhamdulillah nampak perubahan adam. Kira 1-10 dlm english pun dah pandai. Alhamdulillah sangat2.. Mudah2an adam akan berterusan mcm nie. Jangan asyik taknak ke school je. 

Semoga adam menjadi anak yang soleh serta bijak pandai. Ummi tahu, adam good boy. Adam dengar cakap. Semoga adam bersemangat nak ke school. Ummi beli pencil kolor baru utk adam. Ummi sayang adam sgt2.. Muaks.... 


05 September, 2013

Raya 2013


Punyer lama nak hupdet pasal raya tahun nie. Dah nak abes raya dah. Malas gile nak mengarang, kali nie hupdet jugak la. Tahun nie kami anak-beranak beraya di Ipoh, dan tema kami sekeluarga termasuk ipar duai semua kolor biru. Biru ini seperti gamba di atas. 

Over excited aku tahun nie, sebab tahun nie aku menempah baju nak sedondon dengan anak perempun aku. Tahun nie pulak amani dah pandai jalan, lagi laa dabel over excited. Weee... Anto tempah kat makcik kat kampung incik hubby. Tak tahu nak anta tempah kat sini. Semuanya mahal2 belaka. Puas mencari baju dengan kehendak kolor. Tapi jumpa juga, kain nie aku beli kat jln TAR. Sebelum raya lagi dah pegi anto. Nak cepat. Tapi nak raya jugak dapat baju nie, sebabkan raya belah hubby, tak kesah sangat baju nie dapat bile, janji dapat. 

Incik hubby dengan anak lelaki aku beli time bulan puasa. Incik hubby pergi cari sendiri kat jln TAR. Time kerja die pergi cari. Aku memang tak dapat laa nak gi ke jalan TAR tue selama bulan puasa. Incik hubby cakap, nie last pieces untuk saiz die. Biasa laa incik hubby nie, die sangat memilih bab2 saiz dan kolor. So, aku serahkan semuanya pada incik hubby kuh. Die laa pilih baju tue. Incik hubby selalu je dapat sama kolor dengan anak lelaki kuh. So, tahun nie ade geng bersama dengan anak perempuan, aku pun over excited la.

Tahun nie tak dapat selalu ke jalan TAR sebab orang sentiasa ramai sehinggakan dah nak raya. Sebelum aku balik ipoh, aku dapat la singgah. Tue pun bergerak dari rumah, selepas sahur. Kalau tidak memang ko tak dapat laa nak ke jln TAR tue. Aku pena gi 2 kali, tapi tak dapat langsung nak masuk ke jalan TAR. So, kami decide pergi masa nak balik, memang awal la aku sampai ke jln TAR tue, seawal kul 8. Pukul 9 lebih jek, dah mula sesak. 

Memandangkan tahun nie beraya di ipoh dulu, so kami decide balik ipoh awal seminggu. Sebelum bulan puasa pun memang dah tak balik, balik sekali terus nak raya. Incik hubby pun kene ambik cuti awal raya pulak. So, orang tak cuti lagi, aku dah cuti dah. Hahah. Nasib bos oke, redha jek aku apply cuti awal. 

Raya ke 3 pagi2 aku dah balik Sepang dah, kebetulan famili aku semuanya balik Kedah tapi raya ke 3 tue jugak diorang dah nak balik sepang. Mengelakkan jammed, sampai jugak umah awal. Sempat laa aku basuh kain sume. Famili aku sampai umah malam, memang takde laa aku. Raya ke 4 pagi2 aku dah balik umah famili aku, pergi beraya laa 1hari aku time tue. Penat jugak la.. Dah senin aku kerja. Next week tue sambung beraya sakan laa aku. Setiap minggu ade je aktiviti.

Tahun nie, sonok sikit beraya, sebab takde berbalah sgt pasal balik sane lame laaa, sini kejap laa. Tahunnie jugak dapat sama2 tema dengan ipar duai. Dapat sedondon dengan anak dara kuh, byk jugak yang dpt ditunaikan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Mu.. Amin. Harap tahun depan lagi bahagia... :)

09 July, 2013

Kitchen kabinet kuh...

Syukur alhamdulillah.. Dengan masalah kewangan yang tak mencukupi... Tapi bantuan abah dan hubby.. So dapat jugak aku kabinet baru. Ini laa idaman kalbu.. Dari start pindah.. Biasa laa. Kehidupan baru nak bermula. Tapi syukur sangat2, apa yang di idam semuanya tercapai. Hampir complete dalam rumah aku nie. Cume wet kithen jek, tak dapat lagi. Takot pulak nak masak kat kuar. Tapi akan dipikirkan. Dan inilah yang dapor idaman aku, sempat suruh adam buat good. Hahaha.

Inilah keadaan dapor kecilku. Hubby cakap, moga2 lepas nie bertambah rajin masak nie. Selama nie tak rajin ke yang. Hahah... Kekadang malas. Tapi hari2 jugak bawak bekal ke kerja. Hahah... Alhamdulillah dan syukur dengan rezeki Allah beri pada aku dan keluarga kecilku menyambut Ramadhan.

Harap ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat aku dan keluarga kecilku. Murahkan rezeki aku dan keluarga aku. Alhamdulillah.. Hari nie fesday puasa. Selamat menyambut bulan pose... Jom pasang lagu raya. Haha... Ends...

06 July, 2013

Persiapan raya anak2 sebelum puasa

Start dari 2/7/13 - 7/7/13 ri tue ade jualan gudang OKBABY kat Bandar Bukit Puchong. Dekat gile dengan opis aku nie. Aku sendiri tak tahu kat mane, tanya akak opis tue pun sama, taktahu pun die kat mane nie. Last keje jumaat hari tue, ke betulan FIL(famili in law) datang rumah, saje jenjalan dan tujuan nak membeli kurma. So, bawak laa merema ke jualan gudang nie. Ini lah hasil tangkapan aku buat adam n amani. Hari raya takyah beli lagi.

Ini untuk anak aku yg sorang lagi di ipoh..    Disebabkan die cpt membeso.. Beli saiz beso.. Leh pakai lama.. Hakhak.. 

Ini plak untuk kazen kesayangan aku.. Bby belum kuar tapi dah beli utk persediaan menyambut kelahiran bby.. Tapi nie mak mentua aku beli nak bg bby si wan n lin.. 

Selesai semua pakaian raya buat anak2.. Kasut pun dah beli.. Nanti update pasal kasut raya anak2 plak.. Few...

04 July, 2013

Gajet

Semperna birthday aku yang ke 30, hubby adiahkan aku henpon nie. Aku biasa laa, gile gajet. Hubby tanya, nak Iphone 5 ke 4s. Aipon5 mahal bebeno, aipon4s dah la. tapi aku nak henpon baru, taknak 2nd hand, hamboi... Demand kan. Takbiasa laaa iols uols. Hahahha. Alhamdulillah, hubby beli jugak la. aipon nie dah bape kali tuka, sebab camera die asyik problem, kata produk apple takde masalah. Sebenarnya memang produk apple nie bagus, cuma die tak frenly user jek. Sebab die susah sikit nak syer apa2. Ringtone pon takbleh nak lagu2, standard lagu die jek. Tapi lantakkan la. Janji die best. Tekan keypad die laju jek detect. Memang superb laa. Hubby pakai aipon4, die laa meracun pakai produk apple nie. Layankan aje. Tapi memang best la. Nie laa rupe henpon aku, aku tak suka pakai kaber tutup2.. Pakai kaber belakang jek.

Ini plak 2nd request. Sebabkan sume org ade ipad. So, aku beli sendiri, ipad mini. Hubby beli ipad4. Nak syer dengan adam tab die, kedekut. Die jek tengok. So, sume ade sorang satu ipad. Senang aku nak hupdet blog. Tapi takde updet pun. Nie pun cari application blogger, senang nak upload2 gamba nie. Apa aku ambik gamba kat ipad ade dalam aipon sama jugak laa dalam aipon ade jugak dalam ipad. Tue best tue. 

Syukur dengan semua apa yang telah Kau berikan pada aku. Rezeki yang telah Kau kurniakan padaku. Suami yang sangat memahami dan anak2 yang comel dan pintar. Thanks ALLAH.

My little princess turn to 1 years old

27.4.2013 lahirlah seorang puteri yang aku dan hubby namakn Zarra Nur Amani binti Malek. Ingat bolehlah die lahir sama tarikh dengan umminya 29.04. Tapi dah nak kuar awal sangat, terima kami seadanya. Memang keinginan anak perempuan untuk melengkapkan kehidupan kami suami isteri. Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan dan tanggungjawab yang diberikan buat kami suami isteri. Sekarang my princess dah setahun dan dah banyak akal. 

Walaupun post nie dah lapok. Malas nak menulis sebenarnya. Nak hupdet jugak pasal party yang kami sambut dirumah keluarga mentua. Awal2 dah suruh hubby beli belon, tulisan happy birthday nie dan topi party n special topi buat Amani ku. Tak dapat nak buat party yang meriah, tapi setiap tahun, ini laa kewajipan aku dan hubby untuk menyambut hari lahir anak-anak ku.

Ini laa rupa kek yang hubby beli. Nie celebrate sekali ngn ummi. Selang 1 hari jek, so tapau sekali la. rugibetol, sekali potong kek dengan Amani. Nie kek rainbow yang aku rase tak berapa sedap la, sebab setiap layer tue ade perasa die yg sgt kuat. Buat mulut kite rase tak sedap. Hahaha.. Mane tah hubby beli, tapi aku yang ngambiknya kat Putrajaya. 


Alhamdulillah, umur aku cecah 30thn, amani 1thn. Nie laa 3 anak aku. Yang paling kecik tue anak susuan aku, Muhammad Qayyum bin Mahadi. Aku ade 3 org anak yg cerdik dan pintar. Alhamdulillah, syukur....


Alhamdulillah, semua anak2ku membesar dengan sihat dan kasih sayang. My little sweetheart sumenya, adam amani dan qayyum. 



27 February, 2013

3 Tahun Sudah


Cerita kali nie untuk 1-1nya anak lelaki aku buat masa ini. 24.02.2013 hari tue hari kelahiran anak teruna aku nie. So, macam biasa laa. Wan die nak celebrate kan. Memandangkan Adam suka kek coklat, wan gi tempah kat Secret Resepi khas buat Adam. Gambar di atas menceritakan segalanya.

23.02.2013 adalah birthday tokwannya a.k.a abah aku. So, adek aku gi beli kek malam tue kitorang celebrate laa bersama2. Kebetulan rumah mama under renovation, semak sikit laa rumah. Kira 2 hari jugak laa aku potong kek dan makan kek. Sekali dengan dengan birthday adam. Hari2 makan keknya. Sampai nak termuntah.

24.02.2013 Bangun pun dah kul 11. Then nak siap2kan anak dara n anak teruna aku nie sungguh payah, sebab dah masuk toilet, tak mau keluar. Selagi tak puas, selagi tue laa duduk sampai puas. Lepas tue mama call tanya pukul berapa nak datang, nak ajak keluar terus. Sampai2 je rumah mama, apa lagi nyanyi2 lagu birthday, adam malu sambil tutup telinga die. Habis nyanyi lagu birthday, suruh die tiup lilin tue. Adam tiup2 tak padam. Suruh jugak die tiup kuat2, abes sembur2 laa air liur. Wan cakap abes laa kek ade air liur nie. :)
Then makan2 kek, dan deliver kat rumah jiran semua. Then baru laa pergi jalan2

Mama ajak pergi Alamanda. Tapi sebelum pergi Alamanda, kene pergi makan dulu sebab atok a.k.a nyang adam dah lapa. Gi laa makan kat cyberjaya. Ingat nak makan kat Nasi Arab Saba tapi, tersasar pulak pergi makan nasi mamak sebelah tue. Waduh!, Lain kali laa mama kite pergi makan Nasi Arab yea. Sobs..

Sampai saje Alamanda, apa lagi adam nak beli apa pun tak tahu, rambang mata. Masuk2 Toy r Us tue die dah nak benda. belum masuk lagi. Bile dah masuk lagi laa macam2. Last2, Adam ambik topeng dengan pedang. Senang die nak pukui nyang die kot. Hahaha. Amani pun dapat tempias la, dapat laa barbie doll.

Dah tue aku pun rushing nak balik, dengan si teruna dan dara tue dah selamat membuta dah. Kerja di rumah yang banyak, terpaksa laa aku balik lepas drop by famili aku. Aku pun balik singgah lagi kedai mainan untuk Adam. Kat Nilai Square tue mainan die boleh mintak kurang juga la. Lepastue siap2 makan kat luo tue je. Sampai rumah hanya untuk tido saje.

Tengok anak2 happy dah cukup buat aku dan Incik Hubby, melihat anak membesar dengan kasih sayang kami. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Ketahui la, Ummi, Babah dan Adek Sayang Abang sangat2. Selamat Hari Jadi Muhammad Adam Mikail bin Malek yang ke 3. Besa dah anak ummi nie. Muaks.

p/s: Kasih sayang ummi tiada tolok bandingnya, melihat adam membesar depan mata ummi sgt bersyukur kerana di beri kesihatan yang baik. Adam segala2nya buat ummi. Adam dan Amani tanda Cinta Ummi pada Babah. Love so much my chayangs....

15 February, 2013

Nukilan Rase Hati


Mungkin post ini akan menguriskan hati org2 yang sepatutnya terasa. Tapi apa kan daya mungkin ini adalah yg terakhir buat aku, incik hubbyku dan si dia.

Apa yg terjadi ini mungkin ade hikmahnya, sebabkan aku ade anak2 dan aku selalu memperingati hal ini supaya tak berlaku pada diri aku dan keluarga aku. Aku tahu sebab aku pun bukan laa seorang yang penyabar tapi aku cuba jadi seorang penyabar. Bukan niat aku untuk membuka pekung di dada. Ini lumrah. Mane ade orang yang tak buat silapkan. Bukan senang untuk mengucapkan maaf. Tapi apa kesalahan yang dilakukan kite harus minta maaf ataupun memaafkan kesalahan orang. Aku selalu cakap dengan incik hubby ku.. Kite takde hak utk menghukum. Allah je yang membalas segala perbuatan 'die'

Bukannya aku n incik hubby aku nie tak suka, tapi kite sebagai seorang perempuan nie menjadi penenang kepada pasangan kite. Walaupun aku marah tapi aku selalu je nasihatkan incik hubby, untuk belajar memaafkan orang walaupun kesalahan tue sebesar zarah. Apa yg kite buat kite bukan minta balasan tapi kite minta dihargai.

Kisah yang lalu biakan berlalu, kisah yang kite nak tulis sekarang nie yang kite harus harungi. Hati orang muda memang la panas. Lagi2 laa lelaki.  Kite sebagai perempuan tak patutnya tulis macam niekan. Sebagai adek, macam mane kesalahan kite pun takkan nak tunggu abg yang minta maaf. Macam tue juga laa mak kite, takde hak kite untuk tidak bercakap dengan mak kite. Walaupun mak kite salah, kite tetap harus minta maaf. Entah la. Mungkin orang cakap, kesalahan diri kite tak nampak, kesalahan orang lain yang kite nampak. Sebab tue kite perlukan komunikasi, sebab kite tak nampak kesalahan diri kite, orang yang nampak tue boleh tegur. Bukan bile tegur kite melenting. Macam juga perhubungan suami isteri. Kalau kite silap suami kite tegur kite. Kalau suami kite silap, kite tegur suami kite.

Takde pun aku rase diri aku nie berada diatas. Sebab belum cukup sempurna lagi famili aku nie. Mungkin apa yang aku nak hampir aku memiliki semuanya. Untuk memulakan hidup, kite perlu berada dibawah dulu. Macam parents in law aku. Stat hidup yang sangat susah dan berjaya membesarkan anak2. Bila dah tua dah senang, takperlu untuk susahkan anak2. Aku sentiasa mengkaguminya. Aku nak jadi macam tue 1hari nanti. Aku selalu cakap dengan incik hubby, nak jadi mcm mak. Best je, dah tua kite pulak minta tolong dengan mak. Hikhik.

Aku selalu memperingati diri aku sendiri supaya maafkan segala perbuatan orang yang pernah buat kite sakit hati. Benda yang lepas, tak payah laa nak di marakkan apinya lagi. Sepatutnya disirami laa air untuk menyejukkannya.

P/s: Buat mira dan arop, post ini bukan untuk buka pekong adek beradek. Tapi luahan rase yang sepatutnya diungkap. Tapi tak pernah kene sembur. Pikirla.. apa yang kite tulis tue menguris hati banyak pihak. Bia laa, kite je yang paham. Kata2 dalam pesbuk itu hanyalan untuk pembakar semangat korang lebih memahami erti adek beradek. Mira, thanks sebab banyak tolong k atul dulu. Thanks jugak kerana jadi api buat mereka adek beradek. Akhirnya impian menjadi kenyataan. SELAMAT PENGANTIN BARU. K atul takkan jadi seperti korang. If my hubby benarkan pegi oada majlis pernikahan korang, ai will go. Thanks for everything.

31 January, 2013

Superbike Idaman Incik Hubby

Bukan mudah untuk memperoleh sesuatu benda. Tapi tujuan aku dan incik hubby beli moto nie bukan sebab apa. Sebab nak sampai rumah cepat dan pantas. Selalu aku akan sampai rumah dekat pukul 7 malam. Sian kat mama nak menghandle budak 2 orang tue. Lagipun mama nak siap2 kan atok. So, aku berusaha sampai awal.. sampai awal jugak laaa. Dalam 6.30 dah sampai rumah mama. Oke la jugak.

Banyak jugak kisah tragis pasal moto nie, hampir2 nak jual balik juga la. Aku pertahankan. Bukan senang nak dapat moto. Tapi semua tue benda dah lepaskan. Bia laa. Aku bersyukur, semua ini ade hikmahnya. 






Nie laa antara motor idaman incik hubby. Alhamdulillah. Semuanya jadi kenyataan. Setakat sehingga hari ini semuanya dah dimiliki. Nak rumah, dah ade rumah sendiri, tak payah nak sewa2. Nak kereta, dari kereta myvi kecik sekarang dah pakai Grand Livina. Nak Motor, dari moto EX5 ke FZ150i ke Superbike VERSYS. Nak ade anak lelaki dan perempuan, dua2 dah ade. Nak ade suami yang memahami n penyayang, dah ade pun disisi.. Alhamdulillah.. Syukur di atas nikmat-Mu. Semoga hari2 mendatang, bertambah baik dan bertambah rezeki.. Amin

30 January, 2013

Rumahtangga

Apa nak cerita pasal rumahtangga. Mungkin apa yang aku tulis nie semua kisah aku dan pendapat aku. Memilih pasangan biarlah berpada. Hahah.. Mungkin aku dengan incik hubby ku ini takde bercinta lama2 sampai 10tahun. Perkenalan yang sangat singkat dan perjalanan itu amat mudah. Sebelum aku kahwin, aku diberi rezeki untuk ke Tanah Suci Mekkah. Mama cakap, bukan semua orang diberi peluang untuk kesana. Alhamdulillah, rezeki aku kot. Macam2 aku berdoa, pada masa tue aku blaja di sem last tahun akhir. Minta aku abes pembelajaran aku dengan mudah dan senang untuk mendapatkan kerja. Kerja memang mudah aku dapat tp nak lebih2 susah sikit kot. Mungkin bidang aku nie sesuainya lelaki jek. Alhamdulillah dan syukur dengan pemberian-Nya. Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Nak dapat rezeki lebih kene laa berusaha lebih, tul tak?. Udah lari topik nie.

So, berbalik pada topik. Orang cakap, pilih pasangan pilih laa yang boleh mendorong kite kearah kebaikkan. Dalam islam pun ade cakap, pilihlah pasangan yang Berakhlak Mulia, bukan yang suke maki2 dan cepat melenting. Incik hubby ku cepat jugak melenting tapi aku sebagai airnya, dia akan lembut jugak la. Aku cakap JANGAN, die akan mendengar juga laa. Yang Keturunan baik2, aku pun tengok juga la, aku tengok keturunan die mcm elok2 masa tue la. Pandangan pertama kita kan, we can know la. Mama aku cakap janji die takde sedara-mara or adek beradek yang kawen banyak. Hahaha. Aku memang particular bab2 nie. Hahah. Paling penting bagi aku, Yang boleh membimbing aku kearah kebaikkan. Maksud aku disini, aku nie solat pun tunggang tergolek, so die boleh ingatkan aku untuk mendirikan solat. Mengingatkan aku perkara2 yang aku lupe. Banyak menasihatkan aku dari segala sudut. Macam2 la. Janji benda baik2 la. Apa yang incik hubby pikir tue, aku sendiri tak leh pikir.

Hidup di alam berumahtangga. Kekadang kite berada di atas dan kekadang kite berada dibawah. Tak mungkin hidup sentiasa manis saje lepas kawen. Owh, TIDAK!!!. Asam garam berumahtangga, bangun terduduk tue dah biasa dah. Dulu masa single mingle, aku senang. Tapi dah kawen, owh peritnya. Semua benda nak pikir, lagi2 ade anak. Tapi bagi aku, biarlah aku susah dahulu, senang kemudian. Nanti dah tua2 hidup aku senang, takde nak susahkan anak2. Tol tak?. Nasib pulak Incik hubby ku keje gomen, dah tua2 ade pencen, lagi tak susahkan anak2. Kelebihan aku, itu pun aku masukkan dlm list, pilih pasangan bia laa die keje tetap dan yang penting GOMEN. Haha. Aku nie demand. Demand2 untuk kesenangan di kemudian hari.

Harta plak. Sebelum aku kawen, memang dah membeli aset, seperti rumah aka tempat tinggal. Memang aset laa tue. Kami suami isteri memang memikirkan semua itu sebelum kawen. Alhamdulillah, setakat sampai hari ini, Allah memberi kami rezeki. Kerana kami ade Rumah, Kereta MPV, dan Moto idaman Incik hubby Versys. Semua nie kerana berkat. Berkat doa Mak Ayah, Adek beradek dan Kawan2. Bukan senang utk memiliki semuanya. Perjalanan yang penuh onak dan duri. But for now, Aku bersyukur kerana di kurniakan Suami seperti Incik Hubby ku, dan sepasang anak2 yang comel2. Harap boleh jadi anak yang baik dan paling penting hormat Ibu Bapa.

Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu yang bekerjaya. Uruskan anak 2 orang nie sangat laa pening. Dari A-Z kene uruskan. Lagi2 bile 2-2orang nak manja2. Itu belum lagi babahnya. Balik kerja mesti uruskan anak2 dl. Masak untuk Incik hubby dan anak2 lagi. Seboleh2nya aku nak uruskan incik hubby aku sendiri. Dari makan dan pakaian incik hubby. Biasa laa, untuk jadi isteri mithali bukannya mudah. Syurga kite dibawah telapak kaki suami. Apa2 dugaan aku akan tetap bersama. Tapi keluarga diutamakan paling penting dan utama. Sebelum kawen Mama n Abah. Sekarang dah ade Suami, suami diutamakan.

Mungkin pada sesetengah orang pikir kawen tue best, syiok. Sebenarnya, akan tahu selepas kahwin. Banyak benda yang perlu dipikirkan. Dari rambut itam, dah ade putih2. hahah. Pada Incik hubby, Ai akan setia hingga ke hujung nyawa dengan ikatan yang sah dan HALAL nie. :)

16 January, 2013

Tukar Kerja Untuk Tahun Baru

Dah lame tak berblogging untuk tahun baru nie. Untuk tahun baru nie, azam baru kerana aku dah bekerja di tempat baru. Akhirnya aku keluar juga dari kompani lame, happy sesanggat. Azab sangat nak kuar dari sane. Kerja makin lame makin menimbun, aku selesaikan sebelum aku keluar. Alhamdullillah, akhirnya, aku dpt selesaikan semua dugaan. 

Alhamdulillah, kerja di tempat baru sangat seronok, sebab pekerja tak ramai. Aku kerja office, tapi sebelah2 ade factory. Factory nie ramai laa pekerja, banyak bangla n india. Tapi semua aku dah kenal la. Kenal2 gitu jek la. 

Time kerja aku sini, 8.30pagi sampai 5.00ptg tapi aku sampai sini seawal 7.30pagi sebab Incik Hubby keje masuk pukul 8.00pagi. Die nak tempuh jammed kat sini lagi. Kat sini waktu operasi diorang pukul 8.00pagi, so pukul 8.00pagi aku dah dapat masuk office, sebab ade tukang bukak office nie tolong aku. 

Selalu sampai2 jek aku suruh Incik Hubby drop aku kat kedai mamak sini, breakfast dulu baru jalan kaki gi office. Sampai office pukul 8.00pagi aku akan bersiap2, pakai tudung, bedak2, mekap2 sikit. hehehhe... Pukul 8.30pagi baru aku stat duduk kat depan PC. Macam nie laa hari2 rutin harian aku. So far memang aku suke stay sini. Harap2 aku boleh laa lame2 di sini.. sebab kompani lame aku stay sumenya hampeh. 

Kat tempat aku nie hanya ade 3orang jek. Untuk department aku aku sorang jek. Purchasing sorang dan admin sorang. Tapi bak kata Incik hubby aku laa.. Jangan buat mistake yang sama lagi laa.. Jangan terlalu baik dengan orang sangat. Kawan2 gitu bole laa. Jangan terlalu rapat sampai menceritakan segala2nya. Kompani nie kecik je, tp nie sume shoplot diorang punyer sendiri.

Hopefully, tahun ini membawa erti yang bermakna buat aku, suami dan anak2.. Azam tahun lepas hampir sempurna, yang tak sempurna lagi kite bawak ke tahun ini.. jom!!!!.. Babah dan anak2 adalah kekuatan ummi.. Lebiuols..

Santapan, gambar naik pelamin lagi utk kali ke 2 dengan pasangan yang sama.. hakhak.. Love u Babah...