Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

05 September, 2013

Raya 2013


Punyer lama nak hupdet pasal raya tahun nie. Dah nak abes raya dah. Malas gile nak mengarang, kali nie hupdet jugak la. Tahun nie kami anak-beranak beraya di Ipoh, dan tema kami sekeluarga termasuk ipar duai semua kolor biru. Biru ini seperti gamba di atas. 

Over excited aku tahun nie, sebab tahun nie aku menempah baju nak sedondon dengan anak perempun aku. Tahun nie pulak amani dah pandai jalan, lagi laa dabel over excited. Weee... Anto tempah kat makcik kat kampung incik hubby. Tak tahu nak anta tempah kat sini. Semuanya mahal2 belaka. Puas mencari baju dengan kehendak kolor. Tapi jumpa juga, kain nie aku beli kat jln TAR. Sebelum raya lagi dah pegi anto. Nak cepat. Tapi nak raya jugak dapat baju nie, sebabkan raya belah hubby, tak kesah sangat baju nie dapat bile, janji dapat. 

Incik hubby dengan anak lelaki aku beli time bulan puasa. Incik hubby pergi cari sendiri kat jln TAR. Time kerja die pergi cari. Aku memang tak dapat laa nak gi ke jalan TAR tue selama bulan puasa. Incik hubby cakap, nie last pieces untuk saiz die. Biasa laa incik hubby nie, die sangat memilih bab2 saiz dan kolor. So, aku serahkan semuanya pada incik hubby kuh. Die laa pilih baju tue. Incik hubby selalu je dapat sama kolor dengan anak lelaki kuh. So, tahun nie ade geng bersama dengan anak perempuan, aku pun over excited la.

Tahun nie tak dapat selalu ke jalan TAR sebab orang sentiasa ramai sehinggakan dah nak raya. Sebelum aku balik ipoh, aku dapat la singgah. Tue pun bergerak dari rumah, selepas sahur. Kalau tidak memang ko tak dapat laa nak ke jln TAR tue. Aku pena gi 2 kali, tapi tak dapat langsung nak masuk ke jalan TAR. So, kami decide pergi masa nak balik, memang awal la aku sampai ke jln TAR tue, seawal kul 8. Pukul 9 lebih jek, dah mula sesak. 

Memandangkan tahun nie beraya di ipoh dulu, so kami decide balik ipoh awal seminggu. Sebelum bulan puasa pun memang dah tak balik, balik sekali terus nak raya. Incik hubby pun kene ambik cuti awal raya pulak. So, orang tak cuti lagi, aku dah cuti dah. Hahah. Nasib bos oke, redha jek aku apply cuti awal. 

Raya ke 3 pagi2 aku dah balik Sepang dah, kebetulan famili aku semuanya balik Kedah tapi raya ke 3 tue jugak diorang dah nak balik sepang. Mengelakkan jammed, sampai jugak umah awal. Sempat laa aku basuh kain sume. Famili aku sampai umah malam, memang takde laa aku. Raya ke 4 pagi2 aku dah balik umah famili aku, pergi beraya laa 1hari aku time tue. Penat jugak la.. Dah senin aku kerja. Next week tue sambung beraya sakan laa aku. Setiap minggu ade je aktiviti.

Tahun nie, sonok sikit beraya, sebab takde berbalah sgt pasal balik sane lame laaa, sini kejap laa. Tahunnie jugak dapat sama2 tema dengan ipar duai. Dapat sedondon dengan anak dara kuh, byk jugak yang dpt ditunaikan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Mu.. Amin. Harap tahun depan lagi bahagia... :)

No comments: