Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

17 May, 2012

my kids



Perkenalkan my little gurl zarra nur amani binti malek... Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat-Mu.. Anugerah yg amat bernilai buat aku dan incik hubby.. 2org cahaya mata yg telah di amanahkan buat aku dn incik hubby... Aku terima, dan Kau murahkan laa rezeki aku sekeluarga..

Buat Muhammad Adam Mikail bin Malek dan Zarra Nur Amani binti Malek, semoga kalian menjadi anak yg soleh serta solehah.. Menjadi permata hati ummi dan babah.. Amin...

Sekarang amani dh 22hari.. sgt cepat masa berlalu.. cuti pun dh nak sampai ke penghujungnya.. bosan plak... tak dpt nak menghabiskan masa bersama anak2.. kalau tanya adam ummi g work, xbg die ummi g work.. amani plak bru 20hari berat dh 4kg... semangat betol anak ummi nie.. fully breastfeed nie.. mane taknya asyik melekapnya ngn ummi. adeh!! ini la saat yg paling indah... membesarkan anak.. bak kata incik hubby, sekarang kite cukupkan keperluan anak2....

aku bersyulur dengan nikmat Mu ya Allah... Amin...

03 May, 2012

Kelahiran anak num 2

Sudah agak lame aku tidak menulis blog.. kali nie aku menulis mengenai anak aku num 2,, wah.. aku dah ade 2 org cahaya mata. Tak pernah aku impikan kehidupan yang bahagia seperti ini. Doa aku impikan keluarga sendiri dan kehidupan sendiri semuanya termakbul.. Alhamdulillah, Syukur atas semua kuniaan-Nya..

Semua ini terjadi pada bulan April, pada 26hb. abah balik dari umrah.. Aku sentiasa berdoa supaya aku sempat menjemput abah dr airport... Doa aku termakbul.. Tapi pagi 26hb tue, mmg ade kuar darah sikit sekali dengan lendir. Aku cakap dgn incik hubby yang kuar darah, incik hubby pun ckp takpe laa kalau takde rase sakit. Aku pun oke je laaa.. Kebetulan plak, motor incik hubby rosak.. Niat die mmg nak EL.. So, aku ajak laa incik hubby g airport.. Seharian, aku abeskan masa di luo.. Lepas ambik abah dari airport, balik umah mama, punggah brg abah bawa balik dari Mekkah, dah bahagi2 kan, aku ajak laa icik hubby gi kedai Manjaku di Bangi, untuk mencari perkakas terakhir. byk jugak laa aku berabih masa tue.. Naluri aku kata mcm baby akan kuar dalam hari nie. Dah balik ke rumah, aku rehat, tp biasa laa aku nie mane laa reti dok diam kan, so aku wat keje sikit2..Malam tue aku tido agak lewat. Incik hubby pun sama. tapi masing2 dah penat masa tue...

Bermula laa.. aku sedar pukul 3 pagi.. aku rase yang contraction dah dtg kejap2. aku kejutkan incik hubby, die sedar dan tak sedar, incik hubby juz ckp, 'air dah kuar ke?' then die tido balik. Pastue, contraction dtg lagi, kali nie, aku cakap dengan incik hubby sakit sgt dah.. mcm 5min sekali die dtg. Sakitnya mcm sakit period. incik hubby dah kelam kabut, semua brg2 aku dah siapkan, so incik hubby juz angkut je laa.. aku pegi dengan keadaan bersedia laaa.. Sampai je kat Hospital Serdang, aku leh tahan lagi sakit nie. Seperti biasa, doktor cek aku nyer bukaan, walaupun tak sakit, tp aku nie tak suka, lagi2 laa doktor plak doktor lelaki. Tapi aku terpaksa redha, masa tue bukaan aku dah smpai 4cm. Dorang nak review kul 8.30pagi.. Sebelum kul 8.30 pagi aku dah tak mampu menahan sakit yg amat sgt. Sampai terbongkok2 aku menahan. Last2 aku cakap kat nurse aku tak mampu lagi dah, tapi air ketumban tak pecah lagi.. Kebetulan doktor takde, ade taklimat, semua doktor. Nurse yg dtg check aku dan beritahu dah 7cm terbuka, aku terus ditolak ke labour room. Sampai je di labour room, aku tggu sampai rase sakit perot, baru laa air ketumban aku dipecahkan, terus je baby nak keluar. Aku mencari incik hubby yg masuk lambat, aku ingat incik hubby takde, lambat masuk. Incik hubby plak baru lepas memerot, terus die terpaksa masuk ke labour room. Masa air ketumban aku dipecahkan, baru laa incik hubby masuk.

Aku tak pernah merase sakit nak bersalin, masa melahirkan adam aku di induce.. So, sakit di induce lain dari sakit nak bersalin sgt. Pukul 8.38pagi, keluarlah cahaya mata ke dua aku bersama suami. Keluar je baby, aku dah rase lega, aku nampak laa baby keluar, dan incik hubby berbisik pada aku, 'yang, baby gurl' aku dah nangis, nurse mengeluarkan air2 yang ade pada baby.. Lepas tue, nurse tunjuk aku jantina baby, then buh gelang kolor pink. incik hubby mengucapkan terima kasih pada aku. Aku tahu, die Happy dengan cahaya mata num 2 aku.

Dari pukul 9 lebih lepas semua jahitan aku selesai, aku tunggu dlm labour room yg sgt panas kerana takde aircond. pukul 5ptg baru laa aku dpt katil, kerana org yg terlalu ramai.. inciik hubby minta katil kelas pertama. Akhirnya pukul 5 ptg baru dpt katil... .. Azabnya, sampai adek pun tak lalu dah nak minum susu sbb badan aku dah berpeloh2.. paling xdapt taham, darah yg kuar tak dapat aku nak tukar.. tp semuanya dapat aku selesaikan.. Alhamdulillah..

Nama: Zarra Nur Amani binti Malek
D.O.B: 27hb April 2012

Aku bersyukur dengan kurniaan dan rezeki yang Allah berikan pada ku bersama2 keluarga ini.. Kau limpahi aku dengan rahmatmu dan Kau berilah peluang aku hidup bahagia bersam2 keluarga ini.. syukur aku memperoleh sepasang cahaya mata. Jangan Kau tarik nikmatku ini... Alhamdulillah...