Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

16 February, 2012

Kerja yang membosankan

Usia kandungan aku dah masuk 30minggu.. Aku semakin bosan berada disini... Hampir 8minggu lagi aku akan bersalin anak ke 2 aku dan incik hubby.. Alhamdulillah, mudah2an, aku dpt membesarkan ke 2-2 anak aku dengan sempurna. Semoga dorang akan jadi anak yang mendengar kata serta soleh dan solehah...

Semakin hari kerja disini, semakin bosan.. Semakin aku mahu keluar dari kepompong ini.. Tapi apakan daya, aku nie makan gaji je.. Bukannya BOSS... hahhaa.. Jabatan kewangan famili aku nie masih memerlukan khidmat aku lagi. Kalau aku berenti sekarang pun, mane ade kompani yang nak ambik aku kerja, 2 bulan lagi aku dah nak cuti panjang.. Lepas pantang laa aku mencari kerja lain.

Aku tak tahu laa... Semakin hari, semkin takde hati aku nak bekerja disini. Biar pun apa dorang2 nie nak cakap, aku dah tak heran. Sebab aku dah tak percaya dengan sesapa pun dalam opis nie. Semuanya ade kepentingan sendiri. Aku redha je.. Tapi redha, takde usaha pun tak guna kan. hikhik.. Yea, ini janji aku, lepas bersalin aku akan cuba mencari kerja lain untuk membantu incik hubby tersayang aku. Insyaallah.

Ini lah dugaan hidup, bia laa bersusah2 dahulu, nanti senang kemudian. Untuk mencapai kejayaan dan kesenangan perlu ade kesusahan. Harap hati aku tabah menempuh segala dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku. Ameen...

06 February, 2012

Perhatikan Anak-anak

Pengalaman mengajar kite lebih matang.. Ini pasal anak-anak kite. Yea laa, dah kata dah jadi ibu bapa so aku nak menceritakan pengalaman aku sikit laaa...

Baru-baru nie, aku ambik adam dari umah mama. Mcm biasa aku bawak kete slow gile sebab area rumah mama tue memang ramai budak2. Lepas dr kawasan perumahan tue baru laa aku bawak mcm biasa.. Nak dijadikan cerita, aku dah nampak ade budak naik basikal masa lalu depan rumah die. Tetiba jek budak tue keluar dari depan kereta mak die pastue elok2 aku terlanggar die. Break mengejut laa aku, adam tengah berdiri, terpelanting ke depan kne deskbox depan, teros nangis. Aku kuar, teros jerit 'mane mak ayah'. Budak tue dah nangis2, jiran sebelah rumah die keluar. Pastue jiran die ckp kat aku 'lenkali hati2', aku terus jawab, 'suddently budak tue keluar'. Kalau aku laju, mati dah budak tue, kete aku pun tak kemek pape. Aku call incik hubby suh call mama n abah aku. Jiran die ckp maybe takde pape. Ye laa.. 1st time selama aku bawak kete nie, xpena langgar org. Nie 1st time terjadi. Mama dengan abah dtg tgk budak tue dan nak bawak die gi klinik. Mak budak tue plak mcm benggang, tak pandang langsung. Bapak die plak, tah kemane.. Balik2 tgk anak die. Aku siap cakap, anak aku pun terjatuh gara2 terlanggar budak tue. Abah aku lak leh kasi org tue RM100. Benggang betol aku masa tue, Adam yang jatuh dan trauma nie mcm mane plak.. Incik Hubby dtg rumah mama, teros tengok anak die, tak pikir benda lain dah. Dgn aku yg tengah mengandung 6bln, sampai terkencing2 sebab terlanggar budak tue.

Nak biarkan anak bermain diluar rumah, biar laa adepengawasan org dewasa, atau lebih tepat mak ayah. Nie mak die tahu nak marah org tapi tak nak jaga anak sendiri. Ayo!!! kalau jadi kat aku, memang aku marah laa... tapi aku akan mintak penjelasan org tue. Sebab tue aku takkan biarkan adam main diluar, sebab kawasan taman nie byk kereta lalu lalang dan bebudak yg naik basikal nie pun byk, so percent adam dalam bahaya tue byk. So, better main dalam kawasan pagar. Kalau tak nak jadi pape kat anak-anak, kite sebagai mak bapak, perhatikan anak kite. Bak kata mak mentua aku, 'Bia die yg nangis, jgn sampai kite yg menangis'. So, aku berpegang pada kata-kata tue. Sebab tue aku rela tengok adam menangis, dr aku yg tgk die nanti menangis. Hati-hati yea kengkawan yg ade anak2. Kisah nie, aku jadikan pengalaman aku membesarkan anak-anak yg sedang lasak. So kengkawan, beringat sebelum terkena...