Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

16 February, 2012

Kerja yang membosankan

Usia kandungan aku dah masuk 30minggu.. Aku semakin bosan berada disini... Hampir 8minggu lagi aku akan bersalin anak ke 2 aku dan incik hubby.. Alhamdulillah, mudah2an, aku dpt membesarkan ke 2-2 anak aku dengan sempurna. Semoga dorang akan jadi anak yang mendengar kata serta soleh dan solehah...

Semakin hari kerja disini, semakin bosan.. Semakin aku mahu keluar dari kepompong ini.. Tapi apakan daya, aku nie makan gaji je.. Bukannya BOSS... hahhaa.. Jabatan kewangan famili aku nie masih memerlukan khidmat aku lagi. Kalau aku berenti sekarang pun, mane ade kompani yang nak ambik aku kerja, 2 bulan lagi aku dah nak cuti panjang.. Lepas pantang laa aku mencari kerja lain.

Aku tak tahu laa... Semakin hari, semkin takde hati aku nak bekerja disini. Biar pun apa dorang2 nie nak cakap, aku dah tak heran. Sebab aku dah tak percaya dengan sesapa pun dalam opis nie. Semuanya ade kepentingan sendiri. Aku redha je.. Tapi redha, takde usaha pun tak guna kan. hikhik.. Yea, ini janji aku, lepas bersalin aku akan cuba mencari kerja lain untuk membantu incik hubby tersayang aku. Insyaallah.

Ini lah dugaan hidup, bia laa bersusah2 dahulu, nanti senang kemudian. Untuk mencapai kejayaan dan kesenangan perlu ade kesusahan. Harap hati aku tabah menempuh segala dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku. Ameen...

No comments: