27 February, 2013
3 Tahun Sudah
Cerita kali nie untuk 1-1nya anak lelaki aku buat masa ini. 24.02.2013 hari tue hari kelahiran anak teruna aku nie. So, macam biasa laa. Wan die nak celebrate kan. Memandangkan Adam suka kek coklat, wan gi tempah kat Secret Resepi khas buat Adam. Gambar di atas menceritakan segalanya.
23.02.2013 adalah birthday tokwannya a.k.a abah aku. So, adek aku gi beli kek malam tue kitorang celebrate laa bersama2. Kebetulan rumah mama under renovation, semak sikit laa rumah. Kira 2 hari jugak laa aku potong kek dan makan kek. Sekali dengan dengan birthday adam. Hari2 makan keknya. Sampai nak termuntah.
24.02.2013 Bangun pun dah kul 11. Then nak siap2kan anak dara n anak teruna aku nie sungguh payah, sebab dah masuk toilet, tak mau keluar. Selagi tak puas, selagi tue laa duduk sampai puas. Lepas tue mama call tanya pukul berapa nak datang, nak ajak keluar terus. Sampai2 je rumah mama, apa lagi nyanyi2 lagu birthday, adam malu sambil tutup telinga die. Habis nyanyi lagu birthday, suruh die tiup lilin tue. Adam tiup2 tak padam. Suruh jugak die tiup kuat2, abes sembur2 laa air liur. Wan cakap abes laa kek ade air liur nie. :)
Then makan2 kek, dan deliver kat rumah jiran semua. Then baru laa pergi jalan2
Mama ajak pergi Alamanda. Tapi sebelum pergi Alamanda, kene pergi makan dulu sebab atok a.k.a nyang adam dah lapa. Gi laa makan kat cyberjaya. Ingat nak makan kat Nasi Arab Saba tapi, tersasar pulak pergi makan nasi mamak sebelah tue. Waduh!, Lain kali laa mama kite pergi makan Nasi Arab yea. Sobs..
Sampai saje Alamanda, apa lagi adam nak beli apa pun tak tahu, rambang mata. Masuk2 Toy r Us tue die dah nak benda. belum masuk lagi. Bile dah masuk lagi laa macam2. Last2, Adam ambik topeng dengan pedang. Senang die nak pukui nyang die kot. Hahaha. Amani pun dapat tempias la, dapat laa barbie doll.
Dah tue aku pun rushing nak balik, dengan si teruna dan dara tue dah selamat membuta dah. Kerja di rumah yang banyak, terpaksa laa aku balik lepas drop by famili aku. Aku pun balik singgah lagi kedai mainan untuk Adam. Kat Nilai Square tue mainan die boleh mintak kurang juga la. Lepastue siap2 makan kat luo tue je. Sampai rumah hanya untuk tido saje.
Tengok anak2 happy dah cukup buat aku dan Incik Hubby, melihat anak membesar dengan kasih sayang kami. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Ketahui la, Ummi, Babah dan Adek Sayang Abang sangat2. Selamat Hari Jadi Muhammad Adam Mikail bin Malek yang ke 3. Besa dah anak ummi nie. Muaks.
p/s: Kasih sayang ummi tiada tolok bandingnya, melihat adam membesar depan mata ummi sgt bersyukur kerana di beri kesihatan yang baik. Adam segala2nya buat ummi. Adam dan Amani tanda Cinta Ummi pada Babah. Love so much my chayangs....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment