Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

30 January, 2013

Rumahtangga

Apa nak cerita pasal rumahtangga. Mungkin apa yang aku tulis nie semua kisah aku dan pendapat aku. Memilih pasangan biarlah berpada. Hahah.. Mungkin aku dengan incik hubby ku ini takde bercinta lama2 sampai 10tahun. Perkenalan yang sangat singkat dan perjalanan itu amat mudah. Sebelum aku kahwin, aku diberi rezeki untuk ke Tanah Suci Mekkah. Mama cakap, bukan semua orang diberi peluang untuk kesana. Alhamdulillah, rezeki aku kot. Macam2 aku berdoa, pada masa tue aku blaja di sem last tahun akhir. Minta aku abes pembelajaran aku dengan mudah dan senang untuk mendapatkan kerja. Kerja memang mudah aku dapat tp nak lebih2 susah sikit kot. Mungkin bidang aku nie sesuainya lelaki jek. Alhamdulillah dan syukur dengan pemberian-Nya. Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Nak dapat rezeki lebih kene laa berusaha lebih, tul tak?. Udah lari topik nie.

So, berbalik pada topik. Orang cakap, pilih pasangan pilih laa yang boleh mendorong kite kearah kebaikkan. Dalam islam pun ade cakap, pilihlah pasangan yang Berakhlak Mulia, bukan yang suke maki2 dan cepat melenting. Incik hubby ku cepat jugak melenting tapi aku sebagai airnya, dia akan lembut jugak la. Aku cakap JANGAN, die akan mendengar juga laa. Yang Keturunan baik2, aku pun tengok juga la, aku tengok keturunan die mcm elok2 masa tue la. Pandangan pertama kita kan, we can know la. Mama aku cakap janji die takde sedara-mara or adek beradek yang kawen banyak. Hahaha. Aku memang particular bab2 nie. Hahah. Paling penting bagi aku, Yang boleh membimbing aku kearah kebaikkan. Maksud aku disini, aku nie solat pun tunggang tergolek, so die boleh ingatkan aku untuk mendirikan solat. Mengingatkan aku perkara2 yang aku lupe. Banyak menasihatkan aku dari segala sudut. Macam2 la. Janji benda baik2 la. Apa yang incik hubby pikir tue, aku sendiri tak leh pikir.

Hidup di alam berumahtangga. Kekadang kite berada di atas dan kekadang kite berada dibawah. Tak mungkin hidup sentiasa manis saje lepas kawen. Owh, TIDAK!!!. Asam garam berumahtangga, bangun terduduk tue dah biasa dah. Dulu masa single mingle, aku senang. Tapi dah kawen, owh peritnya. Semua benda nak pikir, lagi2 ade anak. Tapi bagi aku, biarlah aku susah dahulu, senang kemudian. Nanti dah tua2 hidup aku senang, takde nak susahkan anak2. Tol tak?. Nasib pulak Incik hubby ku keje gomen, dah tua2 ade pencen, lagi tak susahkan anak2. Kelebihan aku, itu pun aku masukkan dlm list, pilih pasangan bia laa die keje tetap dan yang penting GOMEN. Haha. Aku nie demand. Demand2 untuk kesenangan di kemudian hari.

Harta plak. Sebelum aku kawen, memang dah membeli aset, seperti rumah aka tempat tinggal. Memang aset laa tue. Kami suami isteri memang memikirkan semua itu sebelum kawen. Alhamdulillah, setakat sampai hari ini, Allah memberi kami rezeki. Kerana kami ade Rumah, Kereta MPV, dan Moto idaman Incik hubby Versys. Semua nie kerana berkat. Berkat doa Mak Ayah, Adek beradek dan Kawan2. Bukan senang utk memiliki semuanya. Perjalanan yang penuh onak dan duri. But for now, Aku bersyukur kerana di kurniakan Suami seperti Incik Hubby ku, dan sepasang anak2 yang comel2. Harap boleh jadi anak yang baik dan paling penting hormat Ibu Bapa.

Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu yang bekerjaya. Uruskan anak 2 orang nie sangat laa pening. Dari A-Z kene uruskan. Lagi2 bile 2-2orang nak manja2. Itu belum lagi babahnya. Balik kerja mesti uruskan anak2 dl. Masak untuk Incik hubby dan anak2 lagi. Seboleh2nya aku nak uruskan incik hubby aku sendiri. Dari makan dan pakaian incik hubby. Biasa laa, untuk jadi isteri mithali bukannya mudah. Syurga kite dibawah telapak kaki suami. Apa2 dugaan aku akan tetap bersama. Tapi keluarga diutamakan paling penting dan utama. Sebelum kawen Mama n Abah. Sekarang dah ade Suami, suami diutamakan.

Mungkin pada sesetengah orang pikir kawen tue best, syiok. Sebenarnya, akan tahu selepas kahwin. Banyak benda yang perlu dipikirkan. Dari rambut itam, dah ade putih2. hahah. Pada Incik hubby, Ai akan setia hingga ke hujung nyawa dengan ikatan yang sah dan HALAL nie. :)

No comments: