Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

30 December, 2012

MAAF

Blog pun dah lame berabuk. Hari nie time mandi terpikir sesuatu yang rase mungkin bukan mudah bagi orang untuk melafazkannya. Its about MAAF. Mungkin aku nie mudah maafkan orang dan mudah melafazkan kata2 maaf.

Aku nie kalau dengan mama pun mesti aku akan minta maaf kalau pun ia bukan salah aku. Salah or tak salah aku mesti minta maaf. Aku pun tak tahu. Maybe sifat aku yang lembut dan ego pun takde laa tinggi bukan takde ego tapi bertempat laa orang cakap. Takde semua benda nak ego melampau. Kalau bagi org tua memang laa ego. Kite sebagai anak mesti laa sentiasa menghormati parents kite. Itu laa bg aku. This is my opinion la. Aku memang sentiasa akan cakap sorry. Entah la. Ini laa sifat aku kot. Yang berlembut, incik hubby pun cakap aku nie lembut beno.

Even dengan incik hubby aku pun sama. Aku salah ke, Aku tak salah ker, aku akan minta maaf jugak. Entah la. Kekadang nak keraskan jugak hati nie. Tapi tak bleh la. Duduk serumah tapi tak bercakap, merajuk laa konon. Kekadang saje jek bia, sebab sejak kawin susah incik hubby kuh ini untuk memujuk. Biasa la lelaki nie punyer ego. Tapi kalau salah die, mesti die minta maaf dengan aku punyer. HAHAHHAHAHA (gelak jahat).

Aku nie takde abg or kakak, yang ade adek sorang je. Tapi adek aku nie pun panas but die takpernah bg aku marah n rase nak gaduh dengan die ke, takpernah. Cume perangai budak2 die tue kan biasa laaa. Aku kan jenis lembut hati. So, aku buat taktahu je la. Janji die tak meyusahkan parents aku n takde nak gaduh2 dengan parents aku sudah. Jaga parents aku dah cukup. Aku memantau dari jauh je dah la. Sampai masa aku akan jaga juga parents aku. Sebagai adek aku tahu adek aku akan jaga hati aku. Apa2 die akan beritahu aku. Kekadang terpikir, kalau duduk dengan adek aku yang taksuke dengan ipar die mcm mane laa kan. Nasib adek aku dgn incik hubby aku nie baik. Boleh kene tegur la. Kekadang tak bleh jugak tapi aku akan nasihatkan die. Die akan terima seadanya nasihat itu.

Perkataan MAAF nie mungkin bg aku mudah untuk melafazkannya. Tak kira kite nie siapa, janji kite menghormati orang yang lebih tua dari kite. Kekadang terpikir orang yang ego terlalu tinggi. Mcm mane dorang hidup. Bak kata incik hubby la, dorang nie selalu idup dunia dorang sendiri. Boleh yea mcm tue? Entahlah. Mak mentua aku selalu cakap maafkan je laa dorang tue (dorang tue sesiapa je la, non specific). Aku sentiasa memaafkan tapi kalau dorang pun takmau terima apa bleh buat. Hidup bersama labu2nya. Mcm mane mau hidup berkeluarga.

Maka apa yang kite buat semuanya org perhati. Sekiranya kite bersalah ataupun tak, so tak salah kite minta maaf. Bkn hari raya jek kite minta maaf. Be positive to others. Baru orang senang berkawan dengan kite. Please be yourself.

Apa yang aku tulis nie, aku melihat apa yang terjadi disekeliling aku. Dari keluarga aku, keluarga mertua dan juga kawan2. Itu yang buat aku terpikir, bile hidup serumah dengan orang yang tak sukakan kite or tak senang dengan kite? Ini buan kerana mau selak kain sendiri. Tapi pengajaran dan pembelajaran untuk memaafkan kesilapan orang. So its will show your kematangan.

15 October, 2012

Update: My little sweety Zarra

Dah lame tak mengupdate pasal anak2.. wah!!! Hari2 bukak blog untuk baca blog orang tapi blog sendiri malas gile nak tulis. Biasa laa.. Pemalas macam nie laa.. Hari ni nak cerita pasal my lovely dotter, Zarra Nur Amani. Syian anak ummi nama nanti num last. Takpe laa, Zarra bermaksud princess, Princess Ummi n Babah. 

Now die dah nak masuk 6 bulan, 27hb nie 6bln laa die. Dalam process nak bagi die makan. Hari nie nak gi membeli2 barang makanan die. Incik Hubby suruh mulakan dengan puree sayur2an. Hari nie nak try die potato + bayam la.. yummy!!! Macam sedap je. 

Aku panggil die Amani, Wan n tokwan die panggil Ara, Amani sekarang dah pandai bermain sendiri. Suke sangat bile abg die sergah, terkekek2 gelak. Aku pulak naik geram tengok die gelak2. Dah boleh duduk dalam walker, tapi die tak suke sangat, die lagi suke menyiarap dan menjadi mop lantai ummi yang bersih tue. Sekarang dah try2 untuk angkat punggung, bile angkat punggung die hempas badan.. Muka pagi2 bangun, mesti senyum jek sambil tenyeh2 mata tapi kalau tak nampak orang menangis laa die. Sangat sweet anak ummi nie. Geram rase hari2 tak sabar nak balik keje. (hai, kan best kalau duduk rumah jek sambil belek2 anak, itupun kalau aku kaya) 
Nie laa gamba terbaru Amani, die masa pegi Familiday opis Hubby kat PD. Happy tengok ramai orang tapi die macam abg die, kalau nampak orang duduk diam jek tengok org, jadi baik la..

Nie muka excited dapat naik walker. Walker niekat umah Wan, die dah berlari2 dah duduk dalam walker nie. tengok muka die, rase nak gigit2.

Menyiarap sambil mencari barang untuk masuk dalam mulut. Air liur meleleh.

Tue die, tegakkan tangan nak menghempaskan badan, Chayok2 amani!!!!

Nie pandangan sisi, sambil nak angkat punggung, die akan menjerit2 sampai orang sekeliling sakit telinga.

Sangat Happy dengan perkembangan Amani yang pada mulanya agak lambat sebab badan sikitnya bambam.. Nak menyiarap pun lambat. Tapi lepas menyiarap, perkembangannya sangat pantas. Harap lepas nie amani dpt membesar dengan sihat. Sayang Amani sangat2..

p/s: Adam n Amani baru dapat kazen baru, nama die Qayyum. Tak jumpa lagi nie. Balik Raya Haji nie, mesti jumpa. Tak sabarnya. Kalau Ummi dah kaya, ummi duduk rumah jek sama Adam n Amani. Lebiuols.. Muaks...

31 July, 2012

Adam + Amani = Adamani

Kemalasan berbloging... Asalnya nak tulis blog pasal anak2 dan pasal kehidupan seharian bersama anak2 dan incik hubby. Tapi kemalasan la. Sejak2 dah beranak dua nie, letih sikit. Nak tulis blog pun tak dak idea. Hari2 pegi kerja dok menghitung masa untuk berjumpa anak2. Biasa laa aku nie, anak2 penting dari segala2nya, biapun cuti aku dah jadi negatif. Lantakkan la. Aku peduli apa, janji aku happy dengan hidup aku sekarang nie. Duduk ofis nie makin lama makin laa bosannya. Rase malas nak bekerja je. Cuti raya pun aku dah apply, rase tak lame je lagi dah nak raya. Nasib baju raya anak2 dah ramai yang seponser, jimat laa aku. Cuma kene touchup2 sikit. Takpe laa tunggu dapat bonus, dapat ker bonus. Harap2 dapat laa bonus raya nie kan, dapat laa aku beraya sakan.

Seminggu sebelum puasa, mama dan abah pergi umrah. So, mentua aku laa datang Nilai jaga anak2 aku. Biasa la incik hubby nie suke mak dan abah die datang. Dekat 2minggu jugak la datang duduk Nilai. Sian pak mentua aku, tak dapat nak berterawikh sebab baju2 melayu tak bawak katanya. Minggu lepas la kami anta mentua balik Ipoh dan berbuka puasa disana bersama2 ipar duai aku. Biasa laa Pakngah n makngah anak2 aku nie nak jumpa kesayangan dorang nie.

Amani sekarang nie membesar dengan sihat. Berat die hari tue 5.9kg. Esok ade checkup untuk 3bln. Rase amani dah besar tapi baru 3bln. Amani dah pandai memandang benda, TB pun dah pandai tengok. Bile kite agah pun die dah mengelejat suka. Lagi2 kalau babah die gelikan perot die, terkekek2 gelak. Hati rase tenang je bile tengok senyuman anak2. Hah, biasa laa kan, dpt anak perempuan nie, gile beli accessories die. Headband dah belambak kat rumah, bak kata mentua aku, dah boleh beli emas kalau campur, isk takde la sampai leh beli emas. Macam2 kolor laa aku beli. Biasa laa anak PEREMPUAN kan. Kalau baju tue gile tengok gaun. Mak mentua aku pun asyik belikan amani skirt jek. Apa boleh buat, cucu perempuan tunggal. Makngah pun sama, asal balik je, ade je baju baru die belikan untuk amani dan adam. Owh, amani dah pandai mengiring sekarang tapi tak leh nak menyiarap lagi la. Die suke isap penumbuk die tue. Ade 1pagi die bagun sahur sekali, aku bia die atas sofa, lepas tue bedebuk jatuh, berderau jantung aku, nasib takde pape. Ummi yg careless. Sekarang takde dah letak amani atas sofa dah, letak bawah. Tido pun lasak, tetiba je dah lain position. Takpe laa, amani sedang belajar.

Adam pulak sekarang kuat membebel, asyik2 tanya. Tanya yang tiada penghujung, budak yang membesar dengan bijak. Segala2nya die tanya, sampaikan kite dah takde jawapan dah. Adam... Adam... Kejenya nak main je, sampai peloh2 dan bau masam. Apa boleh buat, TB takmau tengok. Sekarang dah nak raya nie, gile mercun pop-pop. Suruh ummi dan babah cari sampai dapat. Kat Nilai susah nak cari mercun, kat Ipoh bersepah2. Senang je. Takpe la, untuk anak, babahnya selalu ckp. Kalau nak makan pun dah pandai tadah tangan nak baca doa, aku je terus suap makanan ke mulut. Incik hubby selalu cakap, anak mengajar ummi die. hahahahha...

Sekarang nie aku gile nak menjahit.. Sarung bantal dah belambak aku buat. Nak jahit baju amani sebenarnya. Kene try jahit benda senang2 dulu la.. pakai mesin jahit mama dulu. Ade duit lebih incik hubby cakap die akan belikan mesin jahit untuk aku. Seronoknya.. Baju raya amani takde lagi, aku cume beli kain untuk aku buat. aku akan cuba sedaya upaya aku... Chayok2 atul!!!!

Aku sgt seronok dengan kehidupan sekarang, mempunyai hubby yg memahami walaupun kekadang takde persefahaman, anak lelaki yang sgt cerdik dan anak perempuan aku yg boolat.. Alhamdulillah n thanks Allah.

06 July, 2012

Pening


Sekarang nie, kepala otak tengah kusut dengan kerja.. Naik2 je kerja selepas cuti bersalin, makin kusut kepale otak nie.. Apakan daya, kite nie makan gaji. Menurut perintah je laa.. Tapi menurut perintah pun kene laa tanya staff dulu. Nie sume paksa rela. Aku pun merelakannya. 28hb Julai 2012, hari sabtu, kite pun dah puasa seminggu. Compulsory datang ofis untuk memindahkan barang2. Pindah ke tempat baru. Dimana? Perkh!!!! Jauh tak ingat.. Di USJ, USJ bape aku tak tahu sebab aku nie tak berapa familia dengan USJ nie, tapi berdekatan dengan Summit dan mydin USJ. Tempat jammed. 

Perpindahan ini membuatkan aku runsing dan pening memikirkan, macam mane aku nak pergi kerja. Kalau kat sini one way dengan incik hubby, sekarang dah jauh. Masa pun dah lari sikit. Adeh!!! Masa aku dengan famili dan anak2. Tue yang penting. Ade lg masalahnya, $$$.. Yea, cost idup pun dah bertambah. Gaji kecik, kalau orang dengar gaji aku pun mcm tak percaya. Tapi realitynya itu laa. Kesempitan hidup makin terasa. Harap2 ade rezeki anak ke-2 aku nie. Doa2kan semuanya berjalan dengan lancar. 

Keinginan kerja yang berdekatan dengan anak2.. dapat ker? susah laa nak cari kerja area Nilai ataupun Sepang.. Doakan saya yea kengkawan.

P/S: kerja sini dah tak best. Nak tukar kerja lain.. Tukar angin pulak.. Tulun!!!!!!

17 May, 2012

my kids



Perkenalkan my little gurl zarra nur amani binti malek... Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat-Mu.. Anugerah yg amat bernilai buat aku dan incik hubby.. 2org cahaya mata yg telah di amanahkan buat aku dn incik hubby... Aku terima, dan Kau murahkan laa rezeki aku sekeluarga..

Buat Muhammad Adam Mikail bin Malek dan Zarra Nur Amani binti Malek, semoga kalian menjadi anak yg soleh serta solehah.. Menjadi permata hati ummi dan babah.. Amin...

Sekarang amani dh 22hari.. sgt cepat masa berlalu.. cuti pun dh nak sampai ke penghujungnya.. bosan plak... tak dpt nak menghabiskan masa bersama anak2.. kalau tanya adam ummi g work, xbg die ummi g work.. amani plak bru 20hari berat dh 4kg... semangat betol anak ummi nie.. fully breastfeed nie.. mane taknya asyik melekapnya ngn ummi. adeh!! ini la saat yg paling indah... membesarkan anak.. bak kata incik hubby, sekarang kite cukupkan keperluan anak2....

aku bersyulur dengan nikmat Mu ya Allah... Amin...

03 May, 2012

Kelahiran anak num 2

Sudah agak lame aku tidak menulis blog.. kali nie aku menulis mengenai anak aku num 2,, wah.. aku dah ade 2 org cahaya mata. Tak pernah aku impikan kehidupan yang bahagia seperti ini. Doa aku impikan keluarga sendiri dan kehidupan sendiri semuanya termakbul.. Alhamdulillah, Syukur atas semua kuniaan-Nya..

Semua ini terjadi pada bulan April, pada 26hb. abah balik dari umrah.. Aku sentiasa berdoa supaya aku sempat menjemput abah dr airport... Doa aku termakbul.. Tapi pagi 26hb tue, mmg ade kuar darah sikit sekali dengan lendir. Aku cakap dgn incik hubby yang kuar darah, incik hubby pun ckp takpe laa kalau takde rase sakit. Aku pun oke je laaa.. Kebetulan plak, motor incik hubby rosak.. Niat die mmg nak EL.. So, aku ajak laa incik hubby g airport.. Seharian, aku abeskan masa di luo.. Lepas ambik abah dari airport, balik umah mama, punggah brg abah bawa balik dari Mekkah, dah bahagi2 kan, aku ajak laa icik hubby gi kedai Manjaku di Bangi, untuk mencari perkakas terakhir. byk jugak laa aku berabih masa tue.. Naluri aku kata mcm baby akan kuar dalam hari nie. Dah balik ke rumah, aku rehat, tp biasa laa aku nie mane laa reti dok diam kan, so aku wat keje sikit2..Malam tue aku tido agak lewat. Incik hubby pun sama. tapi masing2 dah penat masa tue...

Bermula laa.. aku sedar pukul 3 pagi.. aku rase yang contraction dah dtg kejap2. aku kejutkan incik hubby, die sedar dan tak sedar, incik hubby juz ckp, 'air dah kuar ke?' then die tido balik. Pastue, contraction dtg lagi, kali nie, aku cakap dengan incik hubby sakit sgt dah.. mcm 5min sekali die dtg. Sakitnya mcm sakit period. incik hubby dah kelam kabut, semua brg2 aku dah siapkan, so incik hubby juz angkut je laa.. aku pegi dengan keadaan bersedia laaa.. Sampai je kat Hospital Serdang, aku leh tahan lagi sakit nie. Seperti biasa, doktor cek aku nyer bukaan, walaupun tak sakit, tp aku nie tak suka, lagi2 laa doktor plak doktor lelaki. Tapi aku terpaksa redha, masa tue bukaan aku dah smpai 4cm. Dorang nak review kul 8.30pagi.. Sebelum kul 8.30 pagi aku dah tak mampu menahan sakit yg amat sgt. Sampai terbongkok2 aku menahan. Last2 aku cakap kat nurse aku tak mampu lagi dah, tapi air ketumban tak pecah lagi.. Kebetulan doktor takde, ade taklimat, semua doktor. Nurse yg dtg check aku dan beritahu dah 7cm terbuka, aku terus ditolak ke labour room. Sampai je di labour room, aku tggu sampai rase sakit perot, baru laa air ketumban aku dipecahkan, terus je baby nak keluar. Aku mencari incik hubby yg masuk lambat, aku ingat incik hubby takde, lambat masuk. Incik hubby plak baru lepas memerot, terus die terpaksa masuk ke labour room. Masa air ketumban aku dipecahkan, baru laa incik hubby masuk.

Aku tak pernah merase sakit nak bersalin, masa melahirkan adam aku di induce.. So, sakit di induce lain dari sakit nak bersalin sgt. Pukul 8.38pagi, keluarlah cahaya mata ke dua aku bersama suami. Keluar je baby, aku dah rase lega, aku nampak laa baby keluar, dan incik hubby berbisik pada aku, 'yang, baby gurl' aku dah nangis, nurse mengeluarkan air2 yang ade pada baby.. Lepas tue, nurse tunjuk aku jantina baby, then buh gelang kolor pink. incik hubby mengucapkan terima kasih pada aku. Aku tahu, die Happy dengan cahaya mata num 2 aku.

Dari pukul 9 lebih lepas semua jahitan aku selesai, aku tunggu dlm labour room yg sgt panas kerana takde aircond. pukul 5ptg baru laa aku dpt katil, kerana org yg terlalu ramai.. inciik hubby minta katil kelas pertama. Akhirnya pukul 5 ptg baru dpt katil... .. Azabnya, sampai adek pun tak lalu dah nak minum susu sbb badan aku dah berpeloh2.. paling xdapt taham, darah yg kuar tak dapat aku nak tukar.. tp semuanya dapat aku selesaikan.. Alhamdulillah..

Nama: Zarra Nur Amani binti Malek
D.O.B: 27hb April 2012

Aku bersyukur dengan kurniaan dan rezeki yang Allah berikan pada ku bersama2 keluarga ini.. Kau limpahi aku dengan rahmatmu dan Kau berilah peluang aku hidup bahagia bersam2 keluarga ini.. syukur aku memperoleh sepasang cahaya mata. Jangan Kau tarik nikmatku ini... Alhamdulillah...

16 February, 2012

Kerja yang membosankan

Usia kandungan aku dah masuk 30minggu.. Aku semakin bosan berada disini... Hampir 8minggu lagi aku akan bersalin anak ke 2 aku dan incik hubby.. Alhamdulillah, mudah2an, aku dpt membesarkan ke 2-2 anak aku dengan sempurna. Semoga dorang akan jadi anak yang mendengar kata serta soleh dan solehah...

Semakin hari kerja disini, semakin bosan.. Semakin aku mahu keluar dari kepompong ini.. Tapi apakan daya, aku nie makan gaji je.. Bukannya BOSS... hahhaa.. Jabatan kewangan famili aku nie masih memerlukan khidmat aku lagi. Kalau aku berenti sekarang pun, mane ade kompani yang nak ambik aku kerja, 2 bulan lagi aku dah nak cuti panjang.. Lepas pantang laa aku mencari kerja lain.

Aku tak tahu laa... Semakin hari, semkin takde hati aku nak bekerja disini. Biar pun apa dorang2 nie nak cakap, aku dah tak heran. Sebab aku dah tak percaya dengan sesapa pun dalam opis nie. Semuanya ade kepentingan sendiri. Aku redha je.. Tapi redha, takde usaha pun tak guna kan. hikhik.. Yea, ini janji aku, lepas bersalin aku akan cuba mencari kerja lain untuk membantu incik hubby tersayang aku. Insyaallah.

Ini lah dugaan hidup, bia laa bersusah2 dahulu, nanti senang kemudian. Untuk mencapai kejayaan dan kesenangan perlu ade kesusahan. Harap hati aku tabah menempuh segala dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku. Ameen...

06 February, 2012

Perhatikan Anak-anak

Pengalaman mengajar kite lebih matang.. Ini pasal anak-anak kite. Yea laa, dah kata dah jadi ibu bapa so aku nak menceritakan pengalaman aku sikit laaa...

Baru-baru nie, aku ambik adam dari umah mama. Mcm biasa aku bawak kete slow gile sebab area rumah mama tue memang ramai budak2. Lepas dr kawasan perumahan tue baru laa aku bawak mcm biasa.. Nak dijadikan cerita, aku dah nampak ade budak naik basikal masa lalu depan rumah die. Tetiba jek budak tue keluar dari depan kereta mak die pastue elok2 aku terlanggar die. Break mengejut laa aku, adam tengah berdiri, terpelanting ke depan kne deskbox depan, teros nangis. Aku kuar, teros jerit 'mane mak ayah'. Budak tue dah nangis2, jiran sebelah rumah die keluar. Pastue jiran die ckp kat aku 'lenkali hati2', aku terus jawab, 'suddently budak tue keluar'. Kalau aku laju, mati dah budak tue, kete aku pun tak kemek pape. Aku call incik hubby suh call mama n abah aku. Jiran die ckp maybe takde pape. Ye laa.. 1st time selama aku bawak kete nie, xpena langgar org. Nie 1st time terjadi. Mama dengan abah dtg tgk budak tue dan nak bawak die gi klinik. Mak budak tue plak mcm benggang, tak pandang langsung. Bapak die plak, tah kemane.. Balik2 tgk anak die. Aku siap cakap, anak aku pun terjatuh gara2 terlanggar budak tue. Abah aku lak leh kasi org tue RM100. Benggang betol aku masa tue, Adam yang jatuh dan trauma nie mcm mane plak.. Incik Hubby dtg rumah mama, teros tengok anak die, tak pikir benda lain dah. Dgn aku yg tengah mengandung 6bln, sampai terkencing2 sebab terlanggar budak tue.

Nak biarkan anak bermain diluar rumah, biar laa adepengawasan org dewasa, atau lebih tepat mak ayah. Nie mak die tahu nak marah org tapi tak nak jaga anak sendiri. Ayo!!! kalau jadi kat aku, memang aku marah laa... tapi aku akan mintak penjelasan org tue. Sebab tue aku takkan biarkan adam main diluar, sebab kawasan taman nie byk kereta lalu lalang dan bebudak yg naik basikal nie pun byk, so percent adam dalam bahaya tue byk. So, better main dalam kawasan pagar. Kalau tak nak jadi pape kat anak-anak, kite sebagai mak bapak, perhatikan anak kite. Bak kata mak mentua aku, 'Bia die yg nangis, jgn sampai kite yg menangis'. So, aku berpegang pada kata-kata tue. Sebab tue aku rela tengok adam menangis, dr aku yg tgk die nanti menangis. Hati-hati yea kengkawan yg ade anak2. Kisah nie, aku jadikan pengalaman aku membesarkan anak-anak yg sedang lasak. So kengkawan, beringat sebelum terkena...

04 January, 2012

Tak larat dah nk pikir

Kenape sumenya terjadi pada aku.. kekadang ku terpk, apa salah aku.. Sampai org pijak pale aku. Sebab aku nie tak bnyak beri bersuara. Aku kebih suke berdiam diri. Kerana diam nie adalah senjata paling tajam buat org mcm aku.. Org akan sakit hati dgn org yg byk berdiam diri nie..

Aku tak tahu la... Adalah ini keputusan yg betol aku buat ke tak. Aku harap inilah keputusannya.. Mudah2an semuanya berjalan dengan lancar. Tak tahu laa apa yg nampak salah di matanya. Maybe sebaba byk sgt wat silap. Human mistake. Mungkin aku nie bukan dr bidang specialist mcm nie. So, byk laa yg aku kene belajar. Sedangkan keje kat consultant pun 2thn pengalaman tak cukup bagi aku. Tak semuanya aku belajar dalam masa 2thn. Inikan pula pengalaman 1thn 3bln. Dun aspect that i'm will be perfectionist la. At least pengalaman yang sikit nie, leh la aku bertukar kerja lain.

DIA ingat aku nie berharap dengan gaji yang die bagi tue ker? Tak berbaloikan bagi aku gaji mcm tue, sebab aku selalu MC. Aku ingat, company nie laa paling best bagi aku, tapi sebenarnya silap. Company kecik, tapi tak bebas. Sangat laa tak best company nie.. Adus!!! Aku nie bersabar selagi termampu.

Aku nie bukan la seorang yang kuat.. Tetapi aku berusaha untuk jadi kuat.