Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

07 December, 2011

Kekecewaan

Dah lame tak update blog.. sebab sepanjang minggu lepas dan minggu nie, aku mengalami kekecewaan dan kesedihan yang melampau. nak cerita dari mane pun tak tahu.. sebab memandangkan aku tengah mengandung sekarang nie. So, ade pihak yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan aku nie..

Aku terima semua yang terjadi ini sebagai ketentuan-Nya.. Bak kata incik hubby, yang berlaku ade hikmahnya dan kebaikkan yang kite terima. Seperti yang korang2 tahu, aku nie ade kencing manis. Tapi takder laa kronik sgt, cuma doktor nak pantau pemakanan aku supaya gula dalam darah aku tak terlalu tinggi. So, setiap 2 minggu sekali aku kene pegi cek darah untuk satu hari, doktor beri aku MC untuk hari itu. Biasa laa hospital kerajaan nie, bukan senang nak dpt MC. Tapi company aku nie, takleh terima dan cerita bukan2 pasal aku. Sampai aku stress pk kan hal kerja. Last2 aku bleeding, dpt lagi MC 2 hari. Huh, lagi laa berbakul2 aku dikatakannya. Susah bile dalam opis nie ade kaki kipas bontot Bos nie. Aku alami lain, lain laa di ceritanya. tapi takpe laaa. Bak kata salah seorang dalam opis nie, this is karma, die akan terima balik apa yang die buat.

Aku di panggil oleh Bini Bos yang kononnya handle HR. Entah laa. Kejap ade HR, kejap ilang. Nie dah ade balik. Aku pun tak paham kompani aku nie. Lantak laa.. Bukan kompani aku pun. Bini bos nie marah laa kat aku yang aku nie selalu MC. Die tak tahu yg aku nie ade Diabetis semasa mengandung. Susahkan cakap dengan org yg tak paham langsung nie. Bini bos nie sound aku mcm2. Pas2 cakap masukkan hal kerja aku dengan hal peribadi. Sekarang die yg dah mencampuri hal peribadi aku. Kalau nak di ikotkan mcm2 leh aku kata. Tapi aku nie bukan laa seorang yang boleh berkata2. Aku lebih suka simpan dari menyuarakan sesuatu. Abes laa semua yg di ungkitkan. Biasa laa, bile org tak puas hati dengan kite nie. Macam2 laa dituduhnya. Takpe la. Aku nie terima jek. Kalau betol salah aku, aku minta maaf. Aku taknak menyusahkan kompani lagi.

Seharian aku menangis lepas kene panggil dengan Bini bos tu. Sampai Incik Hubby suh aku berenti je. Memang aku dah pk nak berenti on da spot masa tu. tapi itu kalau ikotkan hati aku la. Tapi aku masih berpk dengan waras lagi la. bia aku pk laa dulu. Kebaikkan dan keburukkannya. Politik kerja nie mcm2. Biasa la, org pun mcm2.

Sekarang nie, aku ambik keputusan untuk berenti kerja. Incik hubby pun dah sokong aku tok berenti.. Walaupun perit sikit. Tapi aku rase mampu untuk melakukannya. Insyaallah. Rezeki ade dimane2. Allah yang memberi kite rezeki. Doakan aku dpt keje lagi bagus yea kawan2..

1 comment:

MzaMuhd said...

takpe la k.atul, teruskan aje. yang penting, baby ok. sian baby tu. k.atul jaga kesihatan. InsyaAllah, ada rezeki lain tu nanti.