Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

19 September, 2013

Tadika KITE

Adam dan geng bas sekolah.. Hahahha...
Adam first day ke school.

Alkisah bermula, sebabnya aku nak pegi mencari school adam jek sebenarnya. Kebetulan aku dan hubby cuti memang dah nak serbey sekolah die, nak datang tengok. Last2 adam sendiri nak school. Die makan dan main2. Suka laa pergi school.

Bermula laa perjalanan adam sebagai pelajar Tadika Layang-Layang or KITE. Aku pilih tadika nie sebab hanya tadika nie yang ade program CAHAYAKU. Nak tahu apa sebab aku pilih program nie, korang google la. Smart reader pun pakai program nie jugak. Leh ringkaskan cara membaca dengan cepat. Aku jugak memilih yang ade blaja agama. 

Asalnya nak anta adam masa umur 4tahun. Memang nak register utk 4tahun, dah adam sendiri nak pegi sekarang. So esoknya jugak pergi school. Lagipun pikirkan hanya tinggal 2bln je nak school dan nak membiasakan diri adam dengan school tue. Itu saje niat aku.

Dah seminggu lebih adam ke school nie, kekadang adam nak ke school. Kekadang taknak, nie laa yang buat aku pening. Tapi kene banyak bersabar, sepanjang 2minggu ke school nie, adam dah memonteng 2hari. Sehari tue sebab adam kene cirit-birit dan muntah-muntah, nasib adam dpt recover dlm masa sehari. Adam kene sehari selepas masuk sekolah, masuk sehari dah cuti. Tapi teacher adam tahu yang adam demam masa tue. 

Masuk minggu ke 2 adam dah nangis2 nak ke school. Hari2 aku akan call teacher adam, tanya adam macam mane. Aku cume nak tahu yang adam menangis or tak. Aku risau die menangis je. Lama2 bosan pulak teacher adam melayan adam sebab asyik menangis je. Tapi, dah tugas cikgukan, melayan karenah budak2 sekecil adam nie, so die harus lah melayan karenah adam. Nie kata2 hubby ku...

Semalam adam buat perangai balik tak pergi school, yang menghantar die plak wan die, melayan karenah cucu die, langsung tak pergi school. Hubby ku ckp kalau ade hal or sakit leh laa tak datang ke school, nie takde apa2 dah tak datang, risau die malas ke school. So, plan dengan teacher die, suruh teacher die ambik kat rumah mama esoknya. 

Hari nie teacher die ambik, tapi die tak nak. Terpaksa jugak laa wan die hantar. Teacher die ambik je terus wan balik. Alhamdulillah, adam tak nangis teacher die cakap. Menangis sekejap, lepas teacher die ambik terus okay. Teacher adam cakap adam dah okay, dah nak beratur basuh tangan dan makan sama2 geng die. Rupanya adam takde geng, die aviod diri die dengan org lain. Teacherd ie cakap, hari nie dah mau la, beratur dan ambik makanan dan makan sama2 dengan kawan2. Syukur sangat. Teacher cakap, hari nie belajar mengaji dan buku cahayaku tue. Syukur sgt, berdoa banyak2 supaya adam nak pergi school dan ade improvement.

Semalam, sebab tak pergi school, hubby denda adam kne blaja. So, aku ade beli buku kerja, yg huruf tp dot dot, adam kene sambungkan dot dot tue. Alhamdulillah nampak perubahan adam. Kira 1-10 dlm english pun dah pandai. Alhamdulillah sangat2.. Mudah2an adam akan berterusan mcm nie. Jangan asyik taknak ke school je. 

Semoga adam menjadi anak yang soleh serta bijak pandai. Ummi tahu, adam good boy. Adam dengar cakap. Semoga adam bersemangat nak ke school. Ummi beli pencil kolor baru utk adam. Ummi sayang adam sgt2.. Muaks.... 


05 September, 2013

Raya 2013


Punyer lama nak hupdet pasal raya tahun nie. Dah nak abes raya dah. Malas gile nak mengarang, kali nie hupdet jugak la. Tahun nie kami anak-beranak beraya di Ipoh, dan tema kami sekeluarga termasuk ipar duai semua kolor biru. Biru ini seperti gamba di atas. 

Over excited aku tahun nie, sebab tahun nie aku menempah baju nak sedondon dengan anak perempun aku. Tahun nie pulak amani dah pandai jalan, lagi laa dabel over excited. Weee... Anto tempah kat makcik kat kampung incik hubby. Tak tahu nak anta tempah kat sini. Semuanya mahal2 belaka. Puas mencari baju dengan kehendak kolor. Tapi jumpa juga, kain nie aku beli kat jln TAR. Sebelum raya lagi dah pegi anto. Nak cepat. Tapi nak raya jugak dapat baju nie, sebabkan raya belah hubby, tak kesah sangat baju nie dapat bile, janji dapat. 

Incik hubby dengan anak lelaki aku beli time bulan puasa. Incik hubby pergi cari sendiri kat jln TAR. Time kerja die pergi cari. Aku memang tak dapat laa nak gi ke jalan TAR tue selama bulan puasa. Incik hubby cakap, nie last pieces untuk saiz die. Biasa laa incik hubby nie, die sangat memilih bab2 saiz dan kolor. So, aku serahkan semuanya pada incik hubby kuh. Die laa pilih baju tue. Incik hubby selalu je dapat sama kolor dengan anak lelaki kuh. So, tahun nie ade geng bersama dengan anak perempuan, aku pun over excited la.

Tahun nie tak dapat selalu ke jalan TAR sebab orang sentiasa ramai sehinggakan dah nak raya. Sebelum aku balik ipoh, aku dapat la singgah. Tue pun bergerak dari rumah, selepas sahur. Kalau tidak memang ko tak dapat laa nak ke jln TAR tue. Aku pena gi 2 kali, tapi tak dapat langsung nak masuk ke jalan TAR. So, kami decide pergi masa nak balik, memang awal la aku sampai ke jln TAR tue, seawal kul 8. Pukul 9 lebih jek, dah mula sesak. 

Memandangkan tahun nie beraya di ipoh dulu, so kami decide balik ipoh awal seminggu. Sebelum bulan puasa pun memang dah tak balik, balik sekali terus nak raya. Incik hubby pun kene ambik cuti awal raya pulak. So, orang tak cuti lagi, aku dah cuti dah. Hahah. Nasib bos oke, redha jek aku apply cuti awal. 

Raya ke 3 pagi2 aku dah balik Sepang dah, kebetulan famili aku semuanya balik Kedah tapi raya ke 3 tue jugak diorang dah nak balik sepang. Mengelakkan jammed, sampai jugak umah awal. Sempat laa aku basuh kain sume. Famili aku sampai umah malam, memang takde laa aku. Raya ke 4 pagi2 aku dah balik umah famili aku, pergi beraya laa 1hari aku time tue. Penat jugak la.. Dah senin aku kerja. Next week tue sambung beraya sakan laa aku. Setiap minggu ade je aktiviti.

Tahun nie, sonok sikit beraya, sebab takde berbalah sgt pasal balik sane lame laaa, sini kejap laa. Tahunnie jugak dapat sama2 tema dengan ipar duai. Dapat sedondon dengan anak dara kuh, byk jugak yang dpt ditunaikan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Mu.. Amin. Harap tahun depan lagi bahagia... :)