Usia Perkahwinan Kami

ConnectedMoms.com Ticker

31 July, 2012

Adam + Amani = Adamani

Kemalasan berbloging... Asalnya nak tulis blog pasal anak2 dan pasal kehidupan seharian bersama anak2 dan incik hubby. Tapi kemalasan la. Sejak2 dah beranak dua nie, letih sikit. Nak tulis blog pun tak dak idea. Hari2 pegi kerja dok menghitung masa untuk berjumpa anak2. Biasa laa aku nie, anak2 penting dari segala2nya, biapun cuti aku dah jadi negatif. Lantakkan la. Aku peduli apa, janji aku happy dengan hidup aku sekarang nie. Duduk ofis nie makin lama makin laa bosannya. Rase malas nak bekerja je. Cuti raya pun aku dah apply, rase tak lame je lagi dah nak raya. Nasib baju raya anak2 dah ramai yang seponser, jimat laa aku. Cuma kene touchup2 sikit. Takpe laa tunggu dapat bonus, dapat ker bonus. Harap2 dapat laa bonus raya nie kan, dapat laa aku beraya sakan.

Seminggu sebelum puasa, mama dan abah pergi umrah. So, mentua aku laa datang Nilai jaga anak2 aku. Biasa la incik hubby nie suke mak dan abah die datang. Dekat 2minggu jugak la datang duduk Nilai. Sian pak mentua aku, tak dapat nak berterawikh sebab baju2 melayu tak bawak katanya. Minggu lepas la kami anta mentua balik Ipoh dan berbuka puasa disana bersama2 ipar duai aku. Biasa laa Pakngah n makngah anak2 aku nie nak jumpa kesayangan dorang nie.

Amani sekarang nie membesar dengan sihat. Berat die hari tue 5.9kg. Esok ade checkup untuk 3bln. Rase amani dah besar tapi baru 3bln. Amani dah pandai memandang benda, TB pun dah pandai tengok. Bile kite agah pun die dah mengelejat suka. Lagi2 kalau babah die gelikan perot die, terkekek2 gelak. Hati rase tenang je bile tengok senyuman anak2. Hah, biasa laa kan, dpt anak perempuan nie, gile beli accessories die. Headband dah belambak kat rumah, bak kata mentua aku, dah boleh beli emas kalau campur, isk takde la sampai leh beli emas. Macam2 kolor laa aku beli. Biasa laa anak PEREMPUAN kan. Kalau baju tue gile tengok gaun. Mak mentua aku pun asyik belikan amani skirt jek. Apa boleh buat, cucu perempuan tunggal. Makngah pun sama, asal balik je, ade je baju baru die belikan untuk amani dan adam. Owh, amani dah pandai mengiring sekarang tapi tak leh nak menyiarap lagi la. Die suke isap penumbuk die tue. Ade 1pagi die bagun sahur sekali, aku bia die atas sofa, lepas tue bedebuk jatuh, berderau jantung aku, nasib takde pape. Ummi yg careless. Sekarang takde dah letak amani atas sofa dah, letak bawah. Tido pun lasak, tetiba je dah lain position. Takpe laa, amani sedang belajar.

Adam pulak sekarang kuat membebel, asyik2 tanya. Tanya yang tiada penghujung, budak yang membesar dengan bijak. Segala2nya die tanya, sampaikan kite dah takde jawapan dah. Adam... Adam... Kejenya nak main je, sampai peloh2 dan bau masam. Apa boleh buat, TB takmau tengok. Sekarang dah nak raya nie, gile mercun pop-pop. Suruh ummi dan babah cari sampai dapat. Kat Nilai susah nak cari mercun, kat Ipoh bersepah2. Senang je. Takpe la, untuk anak, babahnya selalu ckp. Kalau nak makan pun dah pandai tadah tangan nak baca doa, aku je terus suap makanan ke mulut. Incik hubby selalu cakap, anak mengajar ummi die. hahahahha...

Sekarang nie aku gile nak menjahit.. Sarung bantal dah belambak aku buat. Nak jahit baju amani sebenarnya. Kene try jahit benda senang2 dulu la.. pakai mesin jahit mama dulu. Ade duit lebih incik hubby cakap die akan belikan mesin jahit untuk aku. Seronoknya.. Baju raya amani takde lagi, aku cume beli kain untuk aku buat. aku akan cuba sedaya upaya aku... Chayok2 atul!!!!

Aku sgt seronok dengan kehidupan sekarang, mempunyai hubby yg memahami walaupun kekadang takde persefahaman, anak lelaki yang sgt cerdik dan anak perempuan aku yg boolat.. Alhamdulillah n thanks Allah.

06 July, 2012

Pening


Sekarang nie, kepala otak tengah kusut dengan kerja.. Naik2 je kerja selepas cuti bersalin, makin kusut kepale otak nie.. Apakan daya, kite nie makan gaji. Menurut perintah je laa.. Tapi menurut perintah pun kene laa tanya staff dulu. Nie sume paksa rela. Aku pun merelakannya. 28hb Julai 2012, hari sabtu, kite pun dah puasa seminggu. Compulsory datang ofis untuk memindahkan barang2. Pindah ke tempat baru. Dimana? Perkh!!!! Jauh tak ingat.. Di USJ, USJ bape aku tak tahu sebab aku nie tak berapa familia dengan USJ nie, tapi berdekatan dengan Summit dan mydin USJ. Tempat jammed. 

Perpindahan ini membuatkan aku runsing dan pening memikirkan, macam mane aku nak pergi kerja. Kalau kat sini one way dengan incik hubby, sekarang dah jauh. Masa pun dah lari sikit. Adeh!!! Masa aku dengan famili dan anak2. Tue yang penting. Ade lg masalahnya, $$$.. Yea, cost idup pun dah bertambah. Gaji kecik, kalau orang dengar gaji aku pun mcm tak percaya. Tapi realitynya itu laa. Kesempitan hidup makin terasa. Harap2 ade rezeki anak ke-2 aku nie. Doa2kan semuanya berjalan dengan lancar. 

Keinginan kerja yang berdekatan dengan anak2.. dapat ker? susah laa nak cari kerja area Nilai ataupun Sepang.. Doakan saya yea kengkawan.

P/S: kerja sini dah tak best. Nak tukar kerja lain.. Tukar angin pulak.. Tulun!!!!!!